Rasulullah
bersabda: ”Tidak ada yang lebih buruk dari keturunan Adam kecuali
ketika memenuhi perutnya, padahal cukup bagi keturunan Adam beberapa
suap untuk meluruskan tulang punggungnya, dan jika tidak mungkin makan
sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman dan sepertiga untuk dirinya.”
Dari
Abu Juhaifah r.a. ia berkata: “Aku makan roti gandum dicampur dengan
minyak daging, kemudian aku datang kepada Rasulullah s.a.w. tanpa diduga
aku bersendawa di hadapannya, kemudian baginda berkata: ”Tahan atau
tutup sendawamu, kerana orang yang paling kenyang di dunia adalah orang
yang paling kelaparan pada hari akhirat.”
Al
Halimi berkata: ”Setiap makanan, walaupun halal tidak semestinya
seseorang harus memakannya, sehingga memberatkan badan, cenderung
mendorongnya untuk tidur, dan menghalanginya untuk beribadah. Namun
makanlah sekadar menghilangkan lapar, dan jadikan pula tujuan dari
makannya adalah agar ia menjadi kuat ketika beribadah. (Syabul Iman
5/22)
Manfaat Rasa Lapar dan Penyakit Kekenyangan
Imam Ghazali banyak menyebut tentang manfaat rasa lapar serta beberapa penyakit yang timbul kerana kekenyangan di antaranya:
i. hati menjadi bersih dan pandangan menjadi ’alert’ (berhati-hati/ berwaspada)
Kekenyangan
mewariskan kebodohan, memberatkan hati, bahkan anak kecil yang membuat
hafazan akan menjadi lembab dan fikirannya bercelaru.
Luqman
berkata kepada anaknya: ”wahai anakku! Jika kamu mengisi perutmu maka
fikiranmu akan tertidur, hikmah akan hilang dan anggota badan akan
terhenti dari aktiviti ibadah.”
ii. Hati akan lembut
Hati
merasai kelazatan berzikir. Berbeza apabila badan kekenyangan walaupun
lisan berzikir tetapi hati tidak merasa lazat dan tidak dipengaruhi oleh
zikir disebabkan kekerasan hati.
iii. Merasa hina diri di hadapan Allah
Rasa
lapar akan membuatkan hilang perasaan sombong, bangga diri dan jauh
dari sifat jahat yang menjadi pangkal kelalaian dan kedurhakaan kepada
Allah.
Rasa kenyang akan membuatkan hati tidak mampu untuk berserah dan merasa hina di hadapan Allah.
Namun
semuanya akan tunduk oleh rasa lapar, ketika lapar hatinya akan menjadi
tenang dengan Tuhannya, khusyuk dn mengakui kelemahan dan kehinaan
diri.
iv. Mampu mengalahkan nafsu syahwat maksiat secara keseluruhan dan menguasai perasaan marah.
Sumber segala maksiat ialah syahwat. Kekuatan syahwat akan meningkat dengan meningkatnya rasa kekenyangan dan banyak makan.
Mengurangkan makan akan membuatkan nafsu syahwat dilemahkan.
Hakikat kebahagiaan adalah ketika seseorang mampu menguasai dirinya, sedangkan kesengsaraan adalah ketika dirinya menguasainya.
Aisyah
berkata: ”Bida’ah yang pertama selepas kewafatan Rasulullah ialah
kenyang, sesungguhnya jika sesuatu kaum, perut mereka telah kekenyangan
maka diri mereka akan tertarik kepada dunia ini.”
v. Melawan tidur kerana orang yang kekenyangan akan banyak minum air dan tidurnya pun banyak.
Orang yang kekenyangan akan banyak tidur.
Banyak makan akan banyak minum dan banyak tidur.
Kita berjual beli dengan umur kita. Kalau
kita tidur seolah kita mati dan umur kita semakin berkurangan. Banyak
tidur akan mengurangkan masa untuk beribadah seperti solat tahajjud dan
hati menjadi keras dan dungu.
vi. Sedikit makan badan akan menjadi sihat.
Sumber
penyakit adalah makanan. Apabila sakit tidak boleh banyak melakukan
ibadah, berzikir dan bertafakur. Memerlukan ubat dan doktor serta
menambahkan perbelanjaan perubatan
vii. Meringan beban
Orang
yang kurang makan akan lebih banyak berjimat. Manakala orang yang biasa
kenyang akan selalu memenuhi perut dengan makan dan akan banyak
berbelanja membeli makanan.
Saidina
Umar berkata dalam khutbah: ”Hati-hati kalian terhadap bahaya perut,
kerana ia penyebab malas menunaikan solat dan menyakiti tubuh.
Perhatikanlah kekuatan kalian, kerana ia menjauhkan bersuka ria dengan
melewati batas. Ia lebih sihat bagi tubuh, lebih kuat untuk beribadah
dan seseorang sesungguhnya tidak akan binasa kecuali sampai syahwatnya
mempengaruhi atas agamanya.
Luqman
Al Hakim berkata kepada anaknya jangan makan sesuatu dalam keadaan
perut kekenyangan. Memberi makanan kepada seekor anjing lebih baik
daripada makan dalam keadaan kenyang.
Sumber : Republika.co.id

Tidak ada komentar:
Posting Komentar